Habbatus Sauda
Kandungan Berkhasiat dalam Habbatus Sauda
Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan asid lemak yang bagus untuk kesihatan. Mineral- mineral termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folat, zink dan fosforus. Manakala asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tak tepu yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh.
Di samping itu, habbatus sauda’ juga kaya dengan kandungan kompaun bioaktif. Kompaun ini selalunya boleh didapati dari sumber tumbuh- tumbuhan seperti sayur- sayuran dan kekacang. Antara kompaun yang terdapat dalam habbatus sauda’ adalah pati minyak seperti dichloromethane dan beberapa komponen lain seperti thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ), carvacrol, dan β-Pin. Secara amnya, bahan- bahan ini boleh memberi impak yang positif pada kesihatan badan.
Thymoquinone (TQ) yang terkandung dalam jintan hitam adalah bahan aktif didalam minyak habbatussauda yang telah dikaji sejak tahun 1960an. Ia bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, asma dan mencegah pertumbuhan sel-sel kanser.
Dalam islam, kita sememangnya disarankan mengamalkan pemakanan habbatus sauda’ secara rutin. Terdapat satu hadith riwayat Bukhari menyatakan:-
“Habbatussauda adalah penawar kepada segala penyakit kecuali mati”.
Nigella sativa merupakan sejenis herba yang mempunyai pelbagai ciri farmakologi dan telah digunakan secara meluas bagi tujuan kesihatan. Selain itu, ianya juga sangat terkenal dengan manfaatnya terhadap kecantikan. Di kebanyakan negara juga, habbatus sauda diyakini mujarab untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.