Kopi Biodelima Plus Kunyit Hitam

Alami keenakan dan kelazatan KOPI BIODELIMA serta rasai kehebatan formulasi campuran 11 buah-buahan “superfruit” & herba terpilih untuk kesihatan, kecergasan & tenaga!
Kopi Biodelima merupakan formulasi kopi pra campuran yang telah di adun dengan 11 campuran berasaskan buah-buahan “Superfruit” & Herha terpilih.
Dengan formulasi yang dihasilkan oleh pakar pemakanan yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri pembuatan makanan, Kopi Biodelima bukan sekadar minuman harian malahan dirumuskan khusus bagi membantu meningkatkan KESIHATAN, KECERGASAN dan TENAGA!
Bukan sekadar SEDAP tetapi SIHAT dan BERKAT!



BUAH DELIMA
Mengaktifkan pencernaan. Kaya dengan sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, membakar lemak, membersihkan sistem pencernaan serta mengimbangi paras kolesterol.

KUNYIT HITAM
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain, antara khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai kesan antioksida yang dapat menghalang oksidasi sel dalam badan dan pembentukan radikal bebas yang berlebihan. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.

KURMA
KURMA adalah sejenis tumbuhan (Palma). Kurma juga adalah buah yang diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW. Kurma kaya dengan khasiat yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan. Buah kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, niasin dan pelbagai sumber nutrien lagi.

MADU
Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.

HABBATUS SAUDA
Melancarkan peredaran darah, sistem pernafasan dan sistem daya tahan tubuh. Gangguan usus, gangguan ginjal dan hati. Meningkatkan pengeluaran susu ibu. Menenangkan sistem saraf dan sistem pencernaan. Menambah tenaga dan mengembalikan ghairah yang hilang. Merawat segala jenis penyakit kulit. Melindungi sel dari gangguan virus, dan mampu membunuh sel tumor. Merawat kembung perut, cirit birit, buasir dan sembelit.

MANNA
Gum Arabic mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi, iaitu 85% – 87%. Ianya adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari susu ibu. Mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Mengandungi 27% protein hydroxyproline yang baik untuk daya ingatan dan sumber kolajen. Mempunyai kandungn kalsium 10 kali ganda susu lembu. Bagi setiap 45g (3 sudu besar) Gum Arabic, ianya mengandungi serat larut air melebihi 15 biji epal dan prebiotik melebihi 30 biji epal.

SAFFRON
Khasiat utama saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli. Saffron bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah.

UBI JAGA
Smilax myosotiflora atau ‘Ubi Jaga’ telah digunakan secara tradisional oleh orang asli dan Melayu sebagai makan tambahan untuk ransangan seks. Ubi Jaga adalah tumbuhan merayap yang tumbuh didalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ianya dipercayai boleh membantu pengedaran darah yang sempurna.ecara tradisional ianya digunakan sebagai ubat herbal tradisional untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik untuk menambahkan metabolisma badan. Membantu menambahkan keinginan seks, Menambahkan sesitiviti, Menguatkan kekerasan dan membolehkan lelaki pelbagai umur untuk menikmati seks yang lebih kerap dan lebih lama.

GANODERMA
Menyingkir toksik dari tubuh badan. Merendahkan kandungan kolesterol, lemak dan gula dalam darah. Memulihkan fungsi pankreas, menstabilkan selaput sel darah merah, kandungan adenosi yang menurunkan sel darah beku, melarutkan thrombus dalam salur darah serta mencegah thrombosis. Memperbaiki korteks dan mengawal keseimbangan hormon badan. Memperkuatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, mencegah dan menghalang pergerakan sel kanser. Membetulkan kitaran haid dan keputihan.

KOPI ARABICA
Tonik tenaga batin. Membantu sperma berenang dengan lebih bertenaga dan cepat, membantu meningkat proses pengeluaran hormon daya rangsangan seks, melancarkan perjalanan darah, mengelakkan stres dan menghilangkan mengantuk.

STEVIA
Alternatif kepada gula. Bebas kalori, lemak, kolesterol, gula dan karbohidrat. 300 kali lebih manis dari gula. Mempunyai agen yang dapat membunuh kulat, virus, bakteria, menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing serta membantu menurunkan berat badan.

BUTEA SUPERBA
Herba Butea Superba adalah penambah tenaga seksual lelaki yang terbukti keberkesanannya. Butea Superba sangat sesuai digunakan untuk mengubati mati pucuk, lemah syahwat dan kurang daya ereksi. Pengambilan secara teratur boleh membantu mengubati kekurangan tersebut.